MASA ITU EMAS

ahlan wa sahlan

;

Thursday, February 11, 2010

HARI KEMUNCAK SUKAN MMBG


Pasukan perarakan rumah Biru yang bertemakan ala kampung.


Pasukan perakan rumah Kuning yang menampilkan persembahan ala tentera
pelajar menunggu untuk dilepaskan oleh PK Kokurikulum Ust Rafai Hasyim
tahniah!!! kepada Rumah Hijau yang mendapat Johan Perarakan Kontijen . Berkonsepkan Tradisional Melayu digabungkan dengan cowboy.
Pengetua melepaskan pelajar puteri dalam acara merentas desa
Pengetua dan Pk Akademik bersama pelajar putera dalam acara merentas desa yang jaraknya lebih kurang 6.5 kilometer

Read more...

Sunday, February 7, 2010

PENGUMUMAN

Hari Sukan peringkat Maktab Mahmud Baling akan diadakan pada:

Hari : Rabu
Tarikh: 10 Feb 2010
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Padang Maktab Mahmud Baling.

harap semua pelajar dapat memberikan persembahan dan saingan yang sengit demi memajukan sukan MMBG.

MMBG Boleh!!!!!!!!!!!!!

Read more...

MINGGU OREINTASI MMBG 2010























Read more...

Saturday, February 6, 2010

ADAB PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan

Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

• Ucapan yang makruf dan sopan
Firman Allah:
“Dan ucaplah kata-kata yang makruf.”
Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.”
• Menundukkan pandangan
Dalam surah an-Nur, terdapat perintah Allah menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

• Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesak
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAW setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dahulu, menurut Ibnu Syiahab az-Zuhri.

• Tidak berkhalwat (berdua-duaan)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Janganlah sekali kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita kecuali jika ia muhramnya.”

• Menghindari tempat syubhat
Sabda Rasulullah SAW:
“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu…” (Riwayat Bukhari)





Read more...

WARDATUL ISLAM

Followers

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP